Tentang kami
Kami adalah pilihan rakan kongsi yang tepat untuk keperluan OEM anda. Kami boleh membantu anda menghasilkan produk makanan, minuman dan kesihatan jenama sendiri dalam bentuk serbuk dan tablet kunyah. Tiada kompromi terhadap kualiti, kami menggunakan bahan yang terbaik untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Kami adalah rakan kongsi anda yang terbaik dalam urusniaga OEM.
Halal
Wujudkan reputasi untuk kualiti, pematuhan dan amalan perniagaan yang beretika
GMP (Makanan)
Memastikan produk makanan memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan yang ketat
MeSTI
Memastikan kualiti dan keselamatan produk mengikut peraturan yang ditetapkan
Kepelbagaian Produk OEM
Mesin dan Teknologi Semasa
Perkhidmatan Sehenti R&D & Reka Bentuk Grafik
Oligodynamic Advance Technology
Teknologi Penukaran Fitonutrien Kepada Bentuk Tenaga Dinamik yang Pertama di Malaysia. Tenaga Dinamik mampu menyerap 6 kali lebih hebat daripada Nanoteknologi.
Fitonutrien yang terdapat dalam bahan aktif akan melalui proses triturasi. Proses triturasi merupakan satu proses penghalusan molekul sehingga menjadi zarah yang sangat halus dalam gandaan mikro ( 1×10 negatif 3 atau 1×10 negatif 6 )dan menghasilkan tenaga dinamik. Tenaga dinamik yang terhasil mampu meresap dengan pantas ke dalam badan membantu meningkatkan kelancaran metabolisma, fungsi biokimia dan fisiologi tubuh badan. Proses ini juga mampu menyingkirkan toksik dan kesan sampingan bahan yang merbahaya terhadap tubuh badan manusia.
4 Langkah Mudah Membina Produk
Inovasi
Sampel
Reka Bentuk Grafik
Penghantaran
Soalan Lazim
Anda ada soalan, kami ada jawapan. Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami
1. Berapa lama masa yang diambil untuk menghasilkan produk saya sendiri?
Tempoh pembangunan produk adalah antara 2 hingga 4 minggu. Manakala bagi pengeluaran produk semula adalah antara 2 hingga 3 minggu. Jangka masa untuk pembangunan berbeza-beza bergantung pada jenis produk.
2. Bolehkah saya mendapatkan Pensijilan Halal dan menggunakan logo GMP, MeSTI untuk produk saya?
Ya. Kami boleh membantu anda mendapatkan pensijilan Halal dan pensijilan lain yang diperlukan. Pelanggan boleh menggunakan logo GMP, MeSTI pengilang untuk produk mereka.
3. Bolehkah saya merumuskan produk saya sendiri?
Ya. Formulasi Produk baharu dengan bahan aktif tambahan perlu dikemukakan untuk kelulusan KKM.
4. Berapakah kos yang terlibat dalam membangunkan produk saya sendiri?
Kos pembangunan produk berbeza-beza bergantung pada jenis produk, kuantiti, dan kualiti bahan mentah. Perkhidmatan kami meliputi pembungkusan, reka bentuk label, kelulusan sijil, penglibatan IT dan perkhidmatan pengurusan pelanggan yang lain.
5. Bolehkah saya membangunkan produk saya sendiri dengan modal permulaan yang rendah?
Ya, kami menawarkan harga yang berpatutan dengan produk berkualiti tinggi. Pakej yang disediakan adalah berpatutan dan sesuai untuk usahawan baru.
6. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh OEM VENTURES ?
Kami menyediakan perkhidmatan penghasilan produk dalam bentuk serbuk dan tablet kunyah yang boleh dijadikan sebagai produk makanan, minuman, kesihatan dan kecantikan.
7. Bolehkah saya melawat kilang ?
Ya. Anda boleh melawat kilang kami setelah membuat temujanji.
8. Apakah produk yang sedang menjadi tumpuan pengasas ?
Kopi Pra Campur, Minuman coklat, Susu Kambing, Tablet kunyah, Serbuk makanan, kesihatan, kecantikan dan lain – lain