Soalan Lazim
1. Berapa lama masa yang diambil untuk menghasilkan produk saya sendiri?
Tempoh pembangunan produk adalah antara 2 hingga 4 minggu. Manakala bagi pengeluaran produk semula adalah antara 2 hingga 3 minggu. Jangka masa untuk pembangunan berbeza-beza bergantung pada jenis produk.
2. Bolehkah saya mendapatkan Pensijilan Halal dan menggunakan logo GMP, MeSTI untuk produk saya?
Ya. Kami boleh membantu anda mendapatkan pensijilan Halal dan pensijilan lain yang diperlukan. Pelanggan boleh menggunakan logo GMP, MeSTI pengilang untuk produk mereka.
3. Bolehkah saya merumuskan produk saya sendiri?
Ya. Formulasi Produk baharu dengan bahan aktif tambahan perlu dikemukakan untuk kelulusan KKM.
4. Berapakah kos yang terlibat dalam membangunkan produk saya sendiri?
Kos pembangunan produk berbeza-beza bergantung pada jenis produk, kuantiti dan kualiti bahan mentah. Perkhidmatan kami meliputi pembungkusan, reka bentuk label, kelulusan sijil, penglibatan IT dan perkhidmatan pengurusan pelanggan yang lain.
5. Bolehkah saya membangunkan produk saya sendiri dengan modal permulaan yang rendah?
Ya, kami menawarkan harga yang berpatutan dengan produk berkualiti tinggi. Pakej yang disediakan adalah berpatutan dan sesuai untuk usahawan baru.
6. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh OEM VENTURES ?
Kami menyediakan perkhidmatan penghasilan produk dalam bentuk serbuk dan tablet kunyah yang boleh dijadikan sebagai produk makanan, minuman, kesihatan dan kecantikan.
7. Bolehkah saya melawat kilang ?
Ya. Anda boleh melawat kilang kami setelah membuat temujanji.
8. Apakah produk yang sedang menjadi tumpuan pengasas ?
Kopi Pra Campur, Minuman coklat, Susu Kambing, Tablet kunyah, Serbuk makanan, kesihatan, kecantikan dan lain – lain